Written by 6:35 am Kesihatan

Memahami Bahaya Rokok Seludup

Topik hari ini yang kami akan bincangkan adalah mengenai betapa bahayanya rokok seludup ini kepada kesihatan dan bagaimana ia boleh meninggalkan kesan yang buruk.   

Pertama sekali, kita kena faham apa sebenarnya rokok seludup ini. 

Rokok seludup adalah perdagangan tembakau yang tidak sah dan tiada sebarang cukai dikenakan ke atas tembakau. Sehingga ke hari ini, rokok seludup terus mendominasi di Malaysia dan dijual di sekitar kedai-kedai runcit dengan harga yang lebih murah. 

Untuk pengetahuan semua, rokok ini bukan seperti rokok yang biasa kita lihat. Ia lebih berbahaya dan boleh membawa maut. Tetapi apakah puncanya?

  1. Lebih Banyak Bahan Kimia Berbahaya: rokok seludup ini mengandungi lebih banyak bahan kimia yang berbahaya seperti tar, nikotin dan karbon monoksida berbanding dengan rokok biasa. Sesetengah rokok seludup mengandungi kadar kadmium sehingga lima ke enam kali ganda plumbum, 160% tar dan 133% lebih banyak karbon monoksida daripada rokok biasa. 
  2. Kandungan Bahan Yang Berbahaya: kebanyakan bahan yang dicampurkan ke dalam rokok seludup ini adalah menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti arsenik, kulat, najis tikus, serbuk gergaji, dan bahkan asbestos. Ada juga rokok palsu yang mengandungi asbestos dan bahan lain yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru yang serius bila dihisap.
  3. Tiada Kawalan Kualiti dan Pengawalseliaan: Rokok seludup biasanya akan dihasilkan secara haram dan tanpa kawalan kualiti yang betul. Jadi, ia boleh mengakibatkan kehadiran bahan-bahan yang lebih berbahaya dan  mewujudkan bahan kimia berbahaya yang jauh lebih tinggi.
  4. Risiko Ketagih yang Lebih Tinggi: Ia lebih banyak nikotin dan membuatkannya lebih sukar untuk berhenti merokok. 
  5. Pendedahan kepada Logam Beracun: Perokok yang hisap rokok seludup ini akan mempunyai potensi yang tinggi untuk terdedah kepada logam toksik dan kanserogenik berbanding mereka yang merokok rokok biasa. 
  6. Kesan Buruk kepada Bukan Perokok:  Kesan daripada menghisap bahan logam toksik yang tinggi bukan akan terkesan kepada perokok sahaja. Tetapi, orang sekelilingnya juga akan turun terkesan dengan bahan yang mengandungi kadmium, plumbum dan logam yang lebih berbahaya melalui asap yang terkeluar. 

Jadi kesimpulannya, merokok rokok seludup akan membawa risiko yang lebih tinggi kepada kesihatan anda kerana disebabkan oleh tahap bahan kimia yang jauh lebih banyak, kandungan bahan yang berbahaya, kurang kawalan kualiti serta akan meningkatkan risiko ketagihan. Dengan harapan, pengkongsian ini dapat membuka mata para pembaca untuk sedar betapa bahayanya rokok seludup ini dan mengambil langkah awal untuk elak daripada merokok rokok seludup. 

Kami di Nanostix cuba untuk memberi alternatif yang lebih baik agar semua dapat jalani hidup yang lebih sihat dan mengurangkan ketagihan merokok. 

Bersama kita membanteras rokok seludup yang kini berleluasa untuk masa hadap yang lebih cerah dan sejahtera. Moga anda semua kekal sihat dan aktif.

(Visited 5 times, 1 visits today)
Last modified: May 30, 2023
Close